Idea-Idea Baru Dalam F1


Setiap musim perlumbaan F1 akan memperlihatkan pelbagai peraturan baru diadakan bagi terus mendapat sambutan dan yg utamanya menjadikan perlumbaan lebih banyak aksi yg menarik. Salah satu perubahan musim 2010 ialah tiada lagi pengisian minyak di hentian pit sepanjang perlumbaan kali ini. Semua pasukan akan memperbesarkan ruang tangki minyak dan membuat rekaan yg sesuai bagi mengelak jentera F1 terlalu berat semasa berada atas litar. Antara idea-idea baru yg menjadi kenyataan ialah penglibatan lebih banyak litar baru & perlumbaan pada waktu malam. FIA bertanggungjawab dalam menentukan peratutan baru dalam sukan F1.

Penglibatan pelumba wanita sukan F1 tidak lagi mustahil apabila FIA menubuhkan Women & Motor Sport Commision bagi menggalakkan lagi penyertaan kaum wanita di dalam kancah perlumbaan permotoran. Bekas ketua pasukan Renault, Flavio Briatore berkata "Perlumbaan terlalu lama dan mudah diramal". Briatore mencadangkan salah satu cara untuk menjadikan perlumbaan ini lebih menarik ialah dengan meletakkan pemandu terpantas di petak terakhir. Dengan cara ini kehebatan pemandu menjadi taruhan dalam aksi pintas memintas.

Selain itu, Presiden Ferrari Luca di Montezemolo mahu semua pasukan dalam F1 meletakkan jentera lumba ke-3 dalam perlumbaan. Ferrari juga akan menarik diri daripada perlumbaan F1 sekiranya sukan itu tidak menampakkan sebarang perubahan positif. "Kalau dahulu dalam kawasan pit ada ramai gadis-gadis cantik, sekarang ia kelihatan seperti satu kem tahanan. Kita perlu mengubahnya," kata di Montezemolo.

Pemilik F1 iaitu Bernie Ecclestone juga bertanggungjawab dalam setiap perubahan yg berlaku. Antara negara yg baru bakal menganjurkan perlumbaan ialah di Poland & India. Apa cadangan semua blogger untuk lihat F1 lebih menarik? Tinggalkan komen.


0 comments:

  © 4mula1-blog All Rights Reserved by iRfan Johan 2010